Gambar Hiasan |
Assalamualaikum ,
Diam dalam diam dah bermula sudah pun minggu orientasi aku ni , entry ini aku buat autopost sebab aku tahu nanti bila minggu sesi pengenalan (Orientasi) sudah bermula aku akan menjadi sibuk sehinggakan nak sentuh laptop pun tidak sempat apatah lagi aku nak membebel dalam blog aku ni.
Blog utama aku tu aku dah siapkan dah post untuk seminggu , kini giliran blog ini pula aku persiapkan post-postnya sebelum aku tiada masa untuk mengemaskini apa yang patut. Mengikut pengalaman orientasi aku yang sebelum ni memang 80% dihabiskan untuk orientasi sahaja.
Lagi 20 % mandi , makan , solat , dan tidur. Berat aku sampai turun dek kerana orientasi yang memenatkan di Universiti aku sebelum ini. Jadi aku jangka di tempat yang baru pun sama , jadi dengan kesempatan ini aku nak mengemaskini apa yang patut dan bersiap-sedia segala kemungkinan yang ada.
Aku tak tahu orientasi di tempat yang baru ini macam mana , tapi aku jangka penat dan sibuk memang sudah pasti. Bak kata orang tua-tua , sediakan payung sebelum hujan. Bak kata aku pula , sediakan bekalan sebelum perang hehe...
Baiklah setakat ini dahulu bebelan aku , sekian Assalamualaikum.
1 comment:
Semoga berjaya.... perjuangan yg belum berakhir...
Post a Comment