Korang buat ape tu? Amacam terkejut tak tengok blog aku yang ini? Hehe .. cepat-cepat follow blog ni Okey aku nak start membebel dah ni , bersedia dah? jom kita mulakan pembacaan.
Bila cakap pasal jaga muka je perempuan , bila cakap pasal nak jaga kulit je perempuan , itulah dia “Mindset” kita sekarang ini. Bagi aku semua tu perlu diubah dan perlu dihapuskan sama sekali. Kalau boleh “Permanent Delete” digalakkan tak mau simpan-simpan dalam recycle Bin lagi , buat berulat je kat dalam tu ngeh.
Sebenarnya bagi aku yang bernama lelaki nii kena jaga kecantikan juga. Lagi-lagi jika kita yang mempunyai muka dan kulit yang bermasalah. Kenelah ambil tindakan. Jika kita ego dan menggangap itu semua perihal perempuan , boleh je.
Tapi bila muka dan kulit dah teruk nanti tak boleh buat apa-apa la. Sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tiada gunanya.
Tapi itulah masyarakat kita sekarang ini yang melabelkan lelaki yang menjaga kecantikan ni semua “Pondan” , “ Bapok” dan “Sutun?” owh tak yang sutun ni aku tambah je ngeh. Haishh , berat tu kesian orang yang kita cakap camtu.
Memangla dia lembut , tapi apa dosa dia dan apa hak kita untuk kutuk dan hina dia? Dia pun makhluk Allah juga , Allah tak pernah benci mahkluk dia tau , malah Allah tu maha pengasih dan penyayang. Mana tahu esok lusa dia diberi hidayah? Wait and see je , kuasa Allah kita tak tahu.
Tundukkan wajah kita sedalam-dalamnya. Malu tau. Tapi itulah aku nak ambil pen highlight tu aku nak highlight jap … arrr ini dia ,
Menjaga kecantikan itu normal , yang tak normal adalah kita yang menggangap ianya hal perempuan malah menuduh lagi ianya berkaitan dengan lelaki lembut sahaja.
Baiklah sini dulu bebelan aku , sekian Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment