Assalamualaikum , pheww... rasanya dah lama tak updated kat blog "santai" ni , maklumla busy man la katakan.
Dah terlajak ke blog ni , nak tak nak kena updated sepatah dua kata ye tak ?
Erm , 1433 H merupakan tahun yang gembira dan sedih juga bagi aku , sebab apa perkara yang seronoknya adalah dapat peluang sambung belajar under KKM ni.
Bukan senang nak dapat peluang ni , dan tahun depan pula elaun naik banyak tu. Inilah rezeki Allah , cuma nak bersyukur atau tak je , tapi kadangkala kita ni manusia lupa (T_T).
Belajar under KKM ni kelebihannya dapat peluang pekerjaan , sebab cabaran pada masa sekarang ini adalah peluang pekerjaan. Betul tak ?
Cuma tahun yang lepas merupakan tahun yang agak pilu juga kerana aku baru hilang moyang yang tersayang (T_T). Tapi aku tak panggil moyang aku panggil nenek , sebab nenek aku , aku panggil mak , dan mak aku pula aku panggil mama. (^_^)
Tapi itulah sedekahkan Al-Fatihah untuk moyang aku , Zaiton namanya
Harap kerjaya aku dalam blog ini diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Setakat itu dulu la coretan aku kat sini. Blog ni santai je , aku just tulis cincai-cincai je , kalau korang perasan ayat aku kat sini pun terabur sometime cuma kat blog Fariz reza dot com tu je aku jaga betul-betul.
Well aku nak komitmen juga , blog utama tu untuk penulisan serius , tak mahu la ayat-ayat selamba dan santai aku pun dimuatkan kat situ. Tak syokla , perasan tak aku biasakan diri aku "AKU" dalam ni berbanding kat blog utama aku ,
hehe . . (^_^) pada yang lebih tua minta ampun dan maaf ye.
Sekian Assalamualaikum.
1 comment:
salam maal hijrah :)
Post a Comment