Pages

Thursday 5 July 2012

I-Phone VS Samsung Galaxy SIII

samsung Galaxy SII

Assalamualaikum , 


Sekarang sibuk diperkatan tentang keluaran Samsung Galaxy SIII dikalangan budak-budak remaja dan tak terlepas juga golongan belia.  Ramai juga kawan-kawan aku yang sibuk jual handphone dan kumpul duit untuk membeli gadget keluaran terbaru dari Samsung tersebut.

Bagi aku la , aku tak suka tukar-tukar phone.  Entahla dalam hidup aku ni aku tak suka sangat tukar-tukar barang yang aku ada , prinsip aku senang  je.  Masih cantik , masih berfungsi dan aku masih ada selera dengan barang tu selagi tula aku pakai dan tak tukar-tukar.

Tengokla kalau tukar pun 5-6 tahun sekali atau lebih , yala aslong barang tu boleh guna lagi.  Aku dengan diri aku senang je , aku kumpul duit banyak-banyak aku beli barang "power" terus.  Sebab aku tahu dengan cara tu aku tak akan bertukar-tukar lagi barang yang aku ada selama bertahun lamanya.  

Yala , barang bagus kan? mesti tahan di hati bertahun lamanya ye tak ? sunglasses .  Tengokla dalam hati sebenarnya aku berkenan dengan I-Phone 4S tu tapi aku tak rancang nak beli sekarang.  Mungkin aku akan kumpul duit sedikit demi sedikit dahulu banyaknya nanti bila dah ada cash seribu lebih masa tu baru boleh cerita.

Mungkin pada ketika itu sudah bertahun kedepannya dan mungkin juga sudah ada gadget terbaru ketika itu.  Takpelah janji aku start mengumpul duit sebulan RM 50-100 pun okey apa? lagipun aku bukan "urgent" nak benda tu just apa orang kata "keinginan" kan , tapi aku letak tu "priority" yang paling bawah sekali.  Aku lebih fokuskan duit aku kepada saving , buku akademik , makanan dan seumpamanya.  Stail aku mudah je , beli barang yang terbaik terus dan terus tak bertukar lamanya.

Aku tak macam kawan-kawan aku yang sikit-sikit ada keluaran terbaru nak beli dan nak tukar.  Sampai bila duit habis kalau begitu gayanya bro.  Saving pun takda begitu.  Kalau begitu aku hentikan dulu la bebelan aku kali ini.  Sebab tak tahu nak cakap apa lagi dah hehe... pacman

Ni kalau buat karangan time sekolah dahulu tak aleh-aleh plot mencuram dengan tajamnya terus habis ke ending takde peleraian takda apa tetiba penutup mahu kena komen dengan cikgu ni  ,


Awak ni mana pergi peleraian cerita awak ni? Kan saya dah ajar plot dalam mengarang!!! shark

Baik cikgu squint   , cikgu jangan marah yer ?

Sekian ,Assalamualaikum.

2 comments:

Anonymous said...

beli ikut kemampuan je.. yang penting sekarang ni ade wifi.. sebab function tu penting sesangat,

nimt said...

LOL . semngt kemain baca entry ni igt ade pape info pasal iphone . adeh . =,="

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share This