Pages

Friday, 29 June 2012

Banyak Tanggungjawab Selepas Kahwin ni




Assalamualaikum , 


Alhamdullilah , tadi telah selamat aku pergi solat jumaat dengan ayah aku dan selamat pulang juga ke rumah.  Apa yang aku nak kongsi kat korang adalah bebelan aku mengenai "Tanggungjawab selepas kahwin" which is kalau aku tanggungjawab seorang ayah la.


Sebenarnya aku petik dari khutbah jumaat tadi pasal ini.  Berikut adalah sedikit pengisian yang aku dapat dan ingat dari khutbah tadi (aku add on sedikit ayat aku).  Baiklah , bila dah kahwin ? mesti ada isteri, ada anak kan? dan sebuah sistem keluarga telahpun wujud di situ.  


Anak perlu dididik dan diterapkan dengan kasih sayang dan perlu dibina sahsiah dan imannya dengan ilmu agama.  Terkedu jugak aku seketika lepas mendengar khutbah tadi.  Berikut isi-isi penting yang aku dapat pada khutbah tadi , 

  • Sekurang-kurangnya solat berjemaah dengan keluarga sekali dalam sehari iaitu waktu maghrib
  • Latih anak menghafaz surah-surah Al-Quran mengikut tahap umur 
  • Berikan tazkirah dan nasihat dalam keluarga
  • Ajak anak pergi ke surau/masjid
Dan lain-lain lagi.  Aku diam seketika dan bertanya pada diri aku "Fariz , banyak tanggungjawab kau Fariz" mampu tak mampu je aku pikul.  Bila aku imbas kembali diri aku ni , banyak lagi kekurangan dan aku bertanya pada diri aku "mampukah kau nak jadi ayah? mampukah kau nak menjadi suami yang membimbing isteri kau? mampukah kau nak jadi ketua keluarga" .

Aku sedar banyak lagi kekurangan aku ni.  Kalau aku tak buat dan terlepas sedikit tanggungjawab yang perlu aku buat , nanti apa akan aku nak jawab depan Allah nanti ?  MasyAllah.  Tapi aku cuba untuk jadikan diri aku ni seorang yang baik dan InsyAllah suatu hari nanti aku akan jadi ketua keluarga yang bagus.

Last but not least , diantara ayat khatib bingkiskan tadi semasa khutbah berbunyi begini "Anak yang soleh dan solehah memberi banyak manfaat pada ibu bapa"  (^_^).  Yala , anak yang baik itulah yang akan mendoakan kedua ibu bapanya.  Dan setiap benda baik kita ajar dan selepas itu dia mengajarkan pada orang lain.  SubhanAllah , mudah-mudahan ada pahala untuk ibu bapanya kelak.

Baiklah setakat ini dahulu bebelan aku pada hari ini , assalamualaikum.

3 comments:

IeLa tU sAya.. said...

“Pemberian nafkah oleh suami kepada keluarga merupakan satu
tanggungjawab yang mesti ditunaikan..Nafkah
merangkumi perbelanjaan makan minum, tempat tinggal,
keselamatan dan perlindungan...Walaupun ia merupakan satu tanggungjawab, pemberian nafkah juga boleh diibaratkan sebagai sedekah kepada keluarga.”

ok,skadar share2 jek ^_^

Unknown said...

bukan perlu fikir kahwin jerk .. tapi kene jugak fikir tanggungjwb yg akan dipikul.

✿ Nurin Syafinie ✿ said...

allah memenuhi setiap rancangan yang membpunyai kebaikan disebalik nyer :) tawakal! inshaallah :) . allah penuhi semuer nyer ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share This