Gambar Hiasan |
Assalamualaikum ,
Kali ini aku nak membebel pasal diri aku yang dulu dan sekarang terhadap kepentingan menjaga kecantikan. Remaja? Semua orang mengalami waktu remaja dan aku juga tidak terlepas dari melalui zaman remaja dan sekarang ini pun aku masih remaja lagi.
Bila cakap pasal diri aku yang dulu , tak payah la nak cakap. Pencuci muka? Toner la , bio oil la semua aku tak tahu , senang cakap aku pun tak pernah amik tahu hehe..
Bukan nak membanggakan diri , tapi dulu dan sekarang memang banyak perbezaan diri aku ini. Kalau dulu muka aku ni gelap je warna , fesyen pun ? tak payah cakapla , aku lebih suka fesyen rambut pendek(menghampiri botak) dan yang simple-simple je.
Sebab dulu aku form 1 , 2 ,3 bersekolah di sekolah lelaki. Pelajar perempuan hanya form 6 sahaja. Jadi dari situ sendikit sebanyak mempengaruhi diri aku ni. Yala, semua lelaki? Rasa nak bergaya ke ape ke macam takde dalam kepala aku ni sebab entahla . .
Mungkin tiadanya perempuan di sekolah , aku rasa nak bergaya dan berfesyen tu tak perlu kot hehe. . yela aku tak macam kawan-kawan aku. Girlfriend pun takde. Aku nak dapat GF? Haha..kelakar je , mengurat pun tak pandai. Haishh. Jadi dari situ keinginan nak bergaya dan sebagainya takde pun dalam kotak minda aku ni ? Betul la macam lagu ape tu ? kosong . . kosong , pun boleh la.
Tapi semuanya berubah pabila aku memasuki tingkatan 4 , masa tu aku dah masuk ke sekolah menengah teknik. Dari situ wujudnya ada perempuan dalam sekolah , malah di dalam kelas. Entahla , lama kelamaan aku mengambil tahu la serba-serbi nak bergaya dan lain-lain.
Bergaya bukan nak dapat awek , tapi aku bergaya untuk diri aku. Malula kalau perempuan tengok kita ni serabai ,simple dan kusut ye tak ?
Dari situ mama aku turunkan ilmu-ilmu dan skil-skil dia ahhah , since that , aku berubah sehinggalah sekarang ini Alhamdullilah.
Setiap apa yang berlaku ? ada hikmahnya. Betul tak? Baiklah , setakat ini jela bebelan aku kali ini. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment