Pages

Thursday, 28 June 2012

Mukadimah Pembuka Kisah


Assalamualaikum , 


Aku rasa tak perlu pengenalan lagi kerana aku pasti semua yang pergi ke blog ini rata-rata sudah mengenali diri aku ni.  Make it short , straight to the point.  Baiklah aku buat blog ni under akaun yang sama seperti Fariz Reza [Dot] Com dan Blog ni diberi nama "Santai Fariz Reza"


Sedikit Kata Pengisian


Baiklah , sebelum korang mulakan pembacaan aku nak minta maaf kerana sepanjang dalam blog ini aku akan membahasakan diri aku "Aku" berbanding dalam laman Fariz Reza [Dot] Com dimana aku lebih suka membahasakan diri aku dengan nama aku sendiri "Fariz".  Kepada yang lebih tua Fariz minta maaf awal-awal ya.

Tujuan Pembukaan

Sebenarnya aku nak cakap bahawa aku mempunyai kelemahan besar dalam blogging ini iaitu aku lemah dalam membuat post mengenai personal.  Kedengaran seperti hipokrit tetapi aku berterus terang kepada korang bahawa aku segan nak tunjukkan kelemahan aku ni pada korang semua yang bergelar pembaca aku.

Sebab aku tak nak hampakan korang semua.  Jadi dengan wujudnya laman santai ni aku menjadi lebih berani untuk mengemukakan dan mengutarakan ayat-ayat berunsur personal aku.  

Personal bukan bererti aku mahu jadikan laman santai ni sebuah laman yang dipenuhi kisah-kisah merapu , mengarut dan sebagainya.  Sebaliknya aku mahu menjadikan laman santai ni sebagai medium untuk menguatkan lagi posting aku di laman Fariz Reza [Dot] Com.

Seperti yang aku cakap di atas , aku memang lemah dalam membuat posting berunsur personal , jadi kiranya korang tak akan jumpa banyak sangat ayat personal aku dalam sesebuah tajuk yang diutarakan oleh aku di laman Fariz Reza [Dot] Com tersebut.

Batu Loncatan

Okey , korang masih tidak paham kan.  Begini , korang pernah melihat seseorang itu berucap atau memberi ceramah dan sebagainya.  Selepas dieorang selesai membuat "Talk" sesi temuduga atau sesi soal jawab akan diadakan oleh pihak-pihak tertentu bersama si penceramah itu.

Kira formatnya lebih kurang seperti di atas la.  So , aku akan membuat/mengupas sesuatu tajuk di blog Fariz Reza [Dot] Com dan aku hanya menulis apa yang penting sahaja mengenai sesebuah tajuk itu di blog tersebut.  

Aku tahu tidak semua orang suka entry yang meleret panjang lebar dan aku tahu itu akan menjadi penyebab utama blog aku tidak mendapat sambutan jika aku terus berbuat demikian.  Putih mata woo nak baca.  Sebab tu kalau korang perasan blog Fariz Reza [Dot] Com tu hanya membuat entry yang pendek-pendek sahaja dan ada diantara korang mesti sedar akan hal itu dan bermonolog dalaman "Pendek je entry ni , mana pergi huraian selebihnya? contohnya? isi-isi tambahan?"

Tak tahulah kalau korang tak perasan tapi aku perasan hal tersebut kih kih (^_^).  Jadi seperti biasa aku akan post apa yang aku mahu di blog utama dan pendapat selebihnya , penerangan , huraian panjang lebar dan lain-lain akan aku post di laman santai ini. 

Contoh:-

Jika di blog utama aku post mengenai "Blog Fariz Reza [Dot] Com buruk" aku akan menulis yang penting sahaja "sebab-sebab blog tu buruk" dan pengisian tambahan dan kisah selanjutnya "sebab mengapa blog tu buruk" aku kongsi di sini.  

Ke arah Profesional dan Memuaskan Hati Pembaca

Aku sedar aku ni hanya blogger biasa-biasa sahaja tetapi aku juga mempunyai cita-cita yang tinggi.  Aku nak jadi blogger yang berjaya (^_^).  Harap-harap apa yang aku lakukan ini dapat memuaskan dan menambah selera pembaca blog aku lagi pada masa-masa akan datang.

Sekapur Sirih

Tapi tak semua la aku buat format macam ini.  Mungkin ada sesetengah entry akan aku buat begitu (Bertujuan pemahaman pembaca yang lebih) dan laman santai ini aku masukkan juga kisah-kisah harian aku yang kot-kot best ke dan menarik kan? sebab aku jenis yang tak suka share personal dekat blog utama tu.  

Bagi aku peribadi la semua itu , aku tak nak campur adukkan peribadi dan komitmen aku.  Ecece.. ayat nak mantap je aku ni kan? (*_^) .  Memang kalau boleh 80% blog tu aku nak menulis benda-benda yang penting sahaja dan yang kurang "Priority" aku sumbat dalam blog ini.  Amacam ? okey tak?

Okeyla , membebel je kerja aku ni.  Sekian , Assalamualaikum.

P/s: Lupa nak selitkan , kata kunci blog ini ialah Santai Fariz Reza (Nama Blog) dan Santai Fariz Reza [Dot] Blogspot ( http://santaifarizreza.blogspot.com ) -URL Blog-
Pastikan korang ingat tau (^_^).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share This